BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 7, 2012

mencari sinar yang hilang~

بسم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Alhamdulillah.
syukur diatas nikmat terbesar yang masih dapat dinikmati disaat ini.
nikmat Iman dan Islam..
Subahanallah...
Alhamdulillah...

**************************

tepuk dada tanya iman,
apabila kita bangun daripada tidur,
adakah ucapan Alhamdulillah yg keluar daripada mulut kita?

" MENCARI SINAR YANG HILANG"

sekali baca macam rasa tajuk lagu...

tapi..
ini adalah nukilan daripada sekeping hati yang sering ternoda oleh jengahan dosa dan kelalaian..
ini adalah suara segumpal darah yang bernama hati yang menangisi kehinaannya dihadapan Allah swt..

andai hati ini bersih,bersih lah seluruh tubuh dan perlakuannya..
andai hati ini diracuni tompok2 hitam,hancurlah seluruh amalannya...


terlalu indah cahaya yang bergemerlapan itu..
terasa ingin sekali ku capai..
namun,entah kusampai atau tidak?

perjalanan seorang pejuang akan sering diuji...
ada yang mengatakan, jangan berani mengatakan seorang pejuang andai takut diuji ...

tentera ujian yang datang tidak pernah lelah untuk menyerang..
jadi...
untuk menjadi seorang yang menggenggam kemenangan..
perlulah menyediakan benteng keimanan yang utuh untuk terus thabat dalam perjalanan..
dan terus maju dalam mujahadah tarbiyyah..

alhamdulillah..
sekali lagi,Allah bukakan peluang keinsafan ini..
Allah ketuk pintu hati ini untuk mengikuti jalan sebenar..
alhamdulillah...
syukur padaNya yang Maha Kuasa..

Andai mampu..
ingin sekali diri ini gugur dimedan perjuangaMu ya Rahiim..

tiada yang lebih indah kurasakan..
selain mendapat menjadi seseorang yang bermanfaat untuk ummat
dan memperjuangkan Islam demi redha Ilahi..

bahagia tidak terhingga hati dan jasad ini...
moga niat ini tidak lari semata-mata keranaMu ya Rabbi

hambaMu ini sangat kerdil...
moga usaha yang ada ini dapat menjadi bekalan untuk ku merasa rehat 'disana' nanti..
amiin ya Rabbal 'alamiin....


Monday, January 30, 2012

buatmu teman seperjuangan

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt...



ku tarikan jari jemariku untuk mengukir sebuah luahan hati rindu buatmu
ku lengkapkan susun kataku untuk kuberikan padamu 
walaupun jarak kita hanya sejengka cuma saat ini
walaupun jasad kita berjiran sahaja
ku utus luahan hati ku ini sebagai hadiahku untukmu teman..

tika ini,
sebak hatiku untuk meninggalkanmu keseorangan 
berat kaki ini untuk melangkah pulang
berat tangan ini untuk melambaikan selamat tinggal sebentar lagi
apatah lagi, berat untuk merungkai pelukan pergi kita sebentar lagi

teman ku...
dulu,kini dan selamanya,
Allah swt pisahkan keakraban kita buat sementara satu tika dulu

teman ku..
kuasa Alla swt juga yang menciptakan saat indah 
menyatukan semula titik keakraban kita

indahnya saat itu ya Malikul Qalbi..
kenangan indah buatku selamanya
yang ku rasakan seakan mimpi

dapat berlawak jenaka dengan mu semula
dapat menyuapkanmu dengan suapan kasih
dapat bergurau senda dengan dirimu
dapat bercerita dengan seikhlasnya kepadamu
dapat melihat "dirimu" semula yang pernah kukenali suatu tika dahulu..

teman ku...
hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan gembira dan syukur ku...
sebak,rindu,gembira,syukur..semuanya!
indah!

walaupun tempoh masa yang singkat kita bersama..
namun,kepuasan yang kurasakan melebihi "singkat" itu

tika ini..
dendangan lagu
"melukut ditepi gantang"-aishah
menemani kesunyian kita...

hatiku berbicara..
hatimu berbicara..

tanpa luahan kata
tanpa suara

teman seperjuangan ku...
dimana dirimu berada,insyaAllah
ku sentiasa mendoakan dirimu..
diriku sentiasa ingin berkongsi kesedihan dan kesunyian itu bersamamu

maafkan ku teman 
kerana tidak dapat sentiasa berada disampingmu
namun
jika dirimu memerlukan seseorang
insyaAllah
diriku sentiasa ada untukmu
mendengar
mendengar 
mendengar..

maafkanku
mungkin ku tidak mampu memberi nasihat bernas
mungkin ku tidak mampu menyampaikan idea yang masuk akal
maafkanku

insyaAllah
kucuba untuk menjadi pendengar yang setia
untuk menjadi pemberi semangat yang "tegar"
ku cuba untuk menjadi pembantu yang baik

teman ku...
bersabar
bersabarlah
bersabarlah

Allah swt telah aturkan semua ini
dengan sebaik-baiknya
kita tanam sifat redha kepadaNya
insyaAllah
aturan Allah itu sangat indah
ada hikmah terindah disebalik suratanNya

teman seperjuanganku..
ku ingin kau tahu

diri ini sangat menyayangimu

Alhamdulillah
Allah temukan keakraban kita berdua

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Thursday, January 26, 2012

akhirnya...:)

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamu'alaikum w.b.t :)

kehadapan sahabat sahabiah sekalian...
Alhamdulillah! akhirnya.....menari juga jari jemari ana didalam Rahmat Allah Tidak Terhingga ini setelah lama ana biarkan ianya usang tanpa sentuhan..
terakhir update ana, 25 Oktober 2011...
2bulan yang lepas? =.="
lamanya!

..........................

tiada topik yang ana ingin ketengahkan sebenarnya kali ini..
tiba2,sedang sembang2 dengan ahli bait ana..
tersebut tentang blog!
rinduuu pula ana pada blog ana ni..

Alhamdulillah..
ana suka tengok ramai sahabat2 yang lain,
berjuang dan terus berjuang menyampaikan,mengingatkan,menasihati dan macam2 lagi
dalam pelbagai cara..
dalam pelbagai jenis kreativiti..
sangat teruja dengan kehebatan2 yang Allah s.w.t kurniakan pada mereka..
Alhamdulillah,moga kalian semua terus menggunakan anugerah kebolehan yang ada pada diri untuk manfaat diri sendiri serta orang lain..
untuk dunia dan akhirat insyaAllah..

Alhamdulillah..
esok last paper ana untuk semester 3 tahun DUA...
cepat sungguh masa berlalu..
pejam celik..pejam celik..pejam celik...
dah sampai ke angka 26 Januari 2012 !
sudah setahun berlalu MEMORI REVOLUSI MESIR..
syukurlillah...kehadrat Allah Taala,.
rakyat Mesir akhirnya mendapat hak-hak mereka semula..
Alhamdulillah...

..................................

banyak juga idea sebenarnya bila dah start menaip-naip ni..
macam-macam rasanya nak berkongsi dengan siapa yang sudi singgah..:)
tapi...
nanti tak 'sampai' pula mesej kan kalau ana campurkan semuanya dalam satu entry..
insyaAllah,ana akan cuba luangkan masa untuk berkongsi dalam entry akan datang ..
InsyaAllah..biiznillah...

ana nak berkongsi hasil karya ana...:)
ana buat poster...
suka-suka isi masa yang ada..
moga berfaedah untuk semua..

jom sama2 beramal untuk saham akhirat insyaAllah..:)


dan ana nak kongsikan satu kisah sebelum ana nak study :)


Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

...............................

jadi,marilah kita sama2 muhasabah semula..
dalam amalan seharian kita, andai kita rasa tak tenang..
rasa tak tenteram jiwa raga,kusut dan sebagainya..
bawalah hati kita ke 3tempat ini ya!

1)tempat orang membaca AlQuran [sama ada membaca/mendengar]
2) majlis-majlis Ilmu
3) tempat dan waktu yang sesuai untuk beribadah dengan khusyuk dan ikhlas

.............................

wallahu'alam..
insyaAllah,jumpa lagi nanti ya!

_songofheart_ A.A~

Tuesday, October 25, 2011

perginya seorang sahabat lama..

assalamu'alaikum wbt,
setelah sekian lama menyepi,menyibukkan diri..
hari ini,ana rasa ingin sangat..sangat berkongsi kisah duka ...
biarlah jika tiada siapa yang membaca..

setelah sehari pemergian seorang sahabat sekolah lama,MRSM Pasir Salak..
akhirnya ana menitiskan air mata yang an tahan...

Allahyarham Muhammad Zulihsan bin Shaharani ..
seorang sahabat di MRSM,.
sekelas dan sehomeroom dengannya suatu ketika dahulu telah pulang kerahmatullah terlebih dahulu tanggal 24 oktober 2011,pada pukul 2.50 pagi di Hospital Kuala Lumpur.
Arwah disahkan mengidap "brain tumor".....

berita mengejut ini ana dapat tahu daripada salah seorang sahabatnya di Kolej Mara Banting pada 23 oktober 2011,9malam (waktu mesir) /3am (waktu malaysia).
pada ketika itu,dikhabarkan arwah sudah tidak sedarkan diri dan dibantu oleh alat pernafasan di HKL..
dan keesokannya pada 24 oktober 2011,1.45am(waktu mesir) / 7.45 am (waktu malaysia)
ana dikejutkan dengan berita pemergian arwah kerahmatullah...
hanya doa yang dapat ana utuskan dari jauh ini..

arwah seorang yang sangat baik,rajin dan sangat rajin....
beliau berpindah ke MRSM Taiping semasa tingkatan 4 dan melanjutkan persediaan ke Kolej Mara Banting untuk ke luar negara,UK..
seingat ana,arwah sangat suka melukis dan cita2nya menjadi seorang engineer...

ana selitkan luahan hati seorang sahabat yangs sangat terasa dengan pemergian arwah,

""Salam, to my beloved friends, today a friend of mine in kmb just passed away, maybe Allah loves him more than we can love him, but tha...t is not the issue here. What happen to him is inevitable but there is possibility it could be detected earlier, but the doctors who treated him never really treat him seriously. He was suffering, constant headache, pain, he couldn't even sleep for nights, could eat, my room was just 3 rooms away from his and across him room is the only way to the shower. Imagine the pain, i still remember what one doctor said to him, " saye taw awak nak mc, xpayah r nak berlakon saket",
i was shocked to here that.

Can't u even c his face, he could even barely walk, someone has to hold his hand. Another doctor even said," dalam sebulan, dtg bwat appointment, br bole further", is that even humane? i know that maybe there are cases where students play truant n act sick n all, but when it comes to your profession as a doctor, there are responsibility not only that of a doctor to a patient, to Allah and as well as to yourself, i believe a doctor or what so ever person u'll be should carry out ur responsibility to a full extent. The doctors didn't even examine. They should have been more thorough. I am furious with this fact that doctors are slacking from their responsibility. What is the mindset of a doctor? is it wage or is it to help?

tolong la rakan2 batch yg bakal jd doctor, doctor bukanlah glamour semata-mata, u have a large responsibility, tanggungjawab yg merangkumi bukan je family kau but all the ones who are in need, setiap kali ade patient, check betul2, make sure, u think ur intuition is always right? intuition is a part of emotion that is always influenced by our past experience and feelings, its sometimes unreliable at cases like this, so please, when u become a doctor, make sure u do your job, same goes to other occupation that u'll have one day."

for those yg bakal jadi doktor dan dentist.......harap......ambil iktibar dgn apa yang telah terjadi dgn rakan saya......Ihsan shaharani.......tlg larr jujur dan ambil berat dgn tanggungjwb anda nnti....pastikan setiap aduan patient anda nnti anda selidik btul2.....walaupun case itu nampak mudah......jgnlah ambil terlalu mudah........TELITI itu merupakan satu sifat yg MESTI ada dlm jiwa seorang doktor.....sama juga dgn sesiapa yg amik bidang lain......ambil berat dgn setiap tanggungjawab yg diamanahkan kpd anda semua..... xkira anda engineer ke accountant ke peguam ke politician ke arkitek ke or what so ever larr.....tlg larr jd seorg yg jujur dan ambil berat dgn tanggungjawab yg bakal kita pikul......bukan hanya sbb nak hidup senang jerr kita memilih sesuatu kerjaya itu..... tanggungjawab kerjaya tersebut perlulah dilaksanakan dengan ikhlas, amanah, dan teliti..... Harap2 kita semua ambil iktibar dgn pemergian Ihsan.......sesungguhnya.....org yg mati ketika menuntut ilmu itu......matinya ialah mati syahid.....sy minta tolong agar anda semua sedeqah kan lah al-fatihah pada beliau.......wallahualam......

The most sad verses of Yasin :

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan 



bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia 


menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang


 tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.


[82]

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia



berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.


[83]

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki 



dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan




antara post2 sahabat2 arwah di facebook nya..


kepada sahabat n sahabiahku...tlg sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ex-


klasmet saya, Ihsan Shaharani yang telah kembali kepada-Nya sejak 2.50 pagi 


tadi akibat brain tumor di HKL...arwah merupakan seorang pelajar contoh bagi 


saya...saya still teringat satu perbualan ngan arwah n kata2nya yang penah 


menyentuh jiwa saya ialah :

saya : weyh ihsan, npe ko rajin sgt ek study?


arwah: sbb ak x nk menyesal dgn result yg akan ak dpt naty

.....n dye trus sambung study......





walaupun ana dah lama tak berjumpa dengan arwah,tapi ana sempat bersembang dengan arwah melalui phone..
masih segar dalam ingatan ana kenangan2 bersama arwah...
semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan beriman..
aminn...


**sama2 kita sedekahkan alfatihah dan yaasin buat arwah...


link daripada KMB ,berita tentang arwah...


PERINGATAN BUAT YANG HIDUP


arwah sentiasa dalam ingatan...

**hanya d0a yang dapat ku titipkan sahabat..
moga dikau tenang disana...
sedih dengar lagu Hijjaz..
Kau Sahabat,Kau Teman Sejati....